Isu perundangan dan etika Fansub

Di negara-negara yang menghadiri Konvensyen Berne, kegiatan fansub adalah salah di sisi undang-undang kerana ia merupakan satu bentuk pencabulan hak cipta. Walau bagaimanapun, kumpulan fansub berpegang kepada kod etika umum serta tidak menganggap mereka sebagai pencetak rompak.[5] Disebabkan fansub dihasilkan oleh peminat, untuk peminat, serta selalunya bukan untuk tujuan komersial, kebanyakan peminat mempercayai bahawa fansub sepatutnya tidak dijual bagi mendapatkan keuntungan.

Kebanyakan fansub mempunyai teks sari kata yang menyatakan "Ini merupakan fansub percuma: bukan untuk dijual, disewa, atau dilelong" yang muncul semasa iklan,[6] sebagai langkah untuk tidak menggalakkan kegiatan rakam rompak daripada melanggar peraturan tersebut. Sesetengah laman pula mengenakan yuran bulanan untuk muat turun dengan menawarkan lebih lebar jalur.

Rujukan

WikiPedia: Fansub http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-29/to... http://www.nytimes.com/2005/08/21/arts/21solo.html... http://ics.sagepub.com/cgi/content/abstract/8/3/28... http://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id... http://web.archive.org/web/20080217024839/http://w... http://dx.doi.org/10.1353%2Fmec.2010.0002 http://www.jostrans.org/issue06/art_diaz_munoz.pdf http://toolserver.org/~verisimilus/Bot/DOI_bot/doi... http://www.law.ed.ac.uk/ahrc/SCRIPT-ed/vol2-4/hatc... http://www.law.ed.ac.uk/ahrc/script-ed/vol2-4/otak...